Tuesday, 27 November 2012

LATIHAN 3 (KATA BERIMBUHAN )


Latihan 3 ( Kata berimbuhan )
1.       Pihak berkuasa tempatan ______________rumah-rumah sementara bagi penghuni rumah setinggan itu sehingga rumah yang dibina untuk mereka siap.

A.      tersedia
B.      persediaan
C.      penyediaan
D.      menyediakan

2.       Guru sains kami menerangkan tentang_____________hidup rama-rama dengan sejelas-jelasnya kepada kepada kami pada hari ini.
A.      kitaran
B.      di sekitar
C.      menyekitar
D.      persekitaran

3.       Pemenang kuiz Alam Sekitar menerima hadiah______________sebuah telefon bimbit keluaran terbaharu.
A.      serupa
B.      berupa
C.      menyerupai
D.      merupai

4.       Jenaka pasangan Jozan benar-benar______________hati para penonton sehingga ada yang ketawa terbahak-bahak.
A.      dicuit
B.      tercuit
C.      mencuit
D.      bercuit-cuitan

5.       Rizal tidak______________kotak berat yang berisi buku-buku lama itu kerana kotak itu besar dan berat.
A.      angkatan
B.      terangkat
C.      berangkat
D.      mengangkat

6.       ______________antara keluarga itu sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya kerana kedua-dua keluarga bersikap keras kepala.

A.      Bersengketa
B.      Disengketakan
C.      Persengketaan
D.      Menyengketakan
7.       Bagi mengisi jawatan kosong itu,_____________minimum yang diperlukan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
A.      layaknya
B.      kelayakan
C.      dilayakkan
D.      melayakkan

8.       Paras rupa yang cantik dan_____________tutur kata gadis dari utara tanah air itu menambat hati sesiapa sahaj yang melihatnya.
A.      terlembut
B.      melembut
C.      kelembutan
D.      dilembutkan

9.       Keluarga kami tidak dapat _____________undangan keluarga Tuan Roslan kerana kami hendak pulang ke kampung pada tarikh tersebut.

A.      penuhi
B.      dipenuhi
C.      penuhkan
D.      memenuhi

10.   Ibu___________dedak kepada ayam-ayam peliharaannya di halaman rumah sambil menyanyi dengan penuh keriangan.

A.      tebaran
B.      ditebar
C.      menebar
D.      bertebaran



No comments:

Post a Comment