Thursday, 1 November 2012

contoh karangan 2

Karangan 2

Soalan
Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah

.....aku ingin berkunjung ke tempat itu lagi pada masa akan datang.

Pada cuti semester yang lalu bersamaan 12 Oktober 2012, aku dan keluargaku berkelah di taman tema air yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Sudah lama aku menyuarakan hasrat hatiku untuk pergi ke sana tetapi baru sekarang ayah dapat menunaikan hasratku. Aku bertolak ke sana pada pukul 9.00 pagi.

Setelah satu jam berlalu, aku dan keluargaku sampai ke destinasi yang dituju. Selepas itu ayah membeli beberapa tiket untuk masuk ke taman tema air tersebut. kedatangan kami disambut oleh sepasang harimau yang jinak dan manja. Aku dan keluargaku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama pasangan harimau tersebut. Walaupun dalam ketakutan, tetapi kami berasa begitu teruja.

Sebaik sahaja kami melangkah masuk, kami mengambil tempat yang sesuai. Aku dan abangku menyalin pakaian di bilik persalinan. Tanpa membuang masa, aku dan abangku bermain gelongsor air. Selepas setengah jam bermain , aku mencuba pelbagai permainan yang lain seperti bermain perahu getah, buaian gergasi dan menyusup di bawah jambatan.

selepas itu, aku dan keluargaku melawat zoo mini yang terdapat di situ. berbagai-bagai jenis haiwan yang jarang ditemui seperti unta, zirafah, dan lain-lain lagi terdapat di zoo tersebut. Kami seolah-olah berada di kawasan safari yang terdapat di Afrika.

Matahari sudah mula berada  diufuk barat. Ibuku memanggilku supaya menukar pakaian dan bersedia untuk pulang. Aku ingin berkunjung ke tempat itu lagi pada masa akan datang.


6 comments:

  1. Satu contoh karangan yang baik dan boleh dijadikan panduan anak-anak didik kita. Perbanyakkan lagi cikgu contoh karangan tu biar anak-anak didik kita terutamanya ,dapat berkongsi idea bersama-sama kita. Tak gitu cikgu?

    ReplyDelete
  2. Terimakasih di atas komen anda.

    ReplyDelete