LATIHAN TATABAHASA
KATA BANYAK MAKNA
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berwarna dengan betul
1 I Brek basikal abang sudah tidak makan lagi.
II Orang yang makan suap itu sudah diberkas semalam
III Kami bukannya keluar kemana-mana, hanya keluar makan sahaja
IV Sudah sehari suntuk pengemis itu tidak makan.
A. I dan II B. II, III dan IV C. I, II, III dan IV D. I dan IV
2. I Hujan turun dengan lebat sejak dua jam yang lalu.
II Nenek tidak lalu makan kerana kurang sihat.
III Mereka menuju ke Ipoh lalu jalan itu
IV Tan Seng duduk lalu membaca akhbar
A. I, II dan IV B. II, III dan IV C. II dan IV D. I, II dan III
3. I Kami tidak akan lepas peluang pergi ke Pulau Langkawi.
II Lepas sahaja makan, Mustafa terus belajar.
III Nenek lepas ayam dan itik dari reban.
IV Dia telah datang ke sini dua hari yang lepas.
A. II dan IV B. IV sahaja C. III dan IV D. II, III dan IV
4. I Berat badan bayi itu lapan kilogam sahaja.
II Aduh, beratnya bakul ini!
III Kita mesti berat tentang hal jiran kita
IV Mereka berbincang berat hari ini.
A. II, III dan IV B. III dan IV C. I dan II D. I, II dan III
5. I Orang yang lemah dalam pelajaran mestilah berusaha lagi.
II Badan emak terus lemah apabila mendengar berita sedih itu.
III Semalam hujan turun lemah-lemah sahaja.
IV Biskut yang terdedah itu sudah lemah.
A. II dan III B. I dan II C. II, III dan IV D. IV sahaja
6. I Adik sakit gigi semenjak semalam.
II Usahlah sakit hati ibu bapa kita apabila kita sudah dewasa.
III Mangsa kemalangan itu mengerang sakit.
IV Sakit lagi tibalah tetamu yang ditunggu-tunggu oleh keluarga kami.
A. I sahaja B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I dan IV
7. I Pemuda itu muntah darah akibat sakit tenat.
II Darah membasahi tubuhnya setelah membantu mangsa kemalangan itu.
III Kaki adik berdarah kerana terpijak paku.
IV Usahlah di darah orang malas bekerja itu lagi
A. III dan IV B. I, II dan IV C. I dan II D. I dan IV
8. I Gerai itu buka bermula jam 9.00 pagi.
II Pergaduhan itu bermula kerana kes kecil sahaja.
III Mereka mula berkenalan melalui laman sesawang.
IV Mula sekarang nenek akan tinggal dengan kami di sini.
A. I dan II B. III sahaja C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV
9. I Kuih itu disimpan dalam bekas kedap udara.
II Bekas askar itu masih bersemangat hendak berjuang.
III Pemuda itu mengikat sebekas kayu
IV Parut lukanya masih berbekas sehingga ke hari ini.
A. II dan III B. I, II dan IV C. III dan IV D. IV sahaja
10. I Kamal tiup belon itu hingga besar lalu meletup.
II Guru kelas kami tiup semangat Adam hingga berkobar-kobar.
III Angin dijangka bertiup kencang petang ini
IV Lilin itu di tiup oleh Patrick sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya.
A. III sahaja B. II, III dan IV C. III dan IV D. II dan IV
Latihan yang baik dan sesuai digunakan untuk membantu murid memantapkan tatabahasa
ReplyDeleteummmi sabariah