Thursday, 1 November 2012

LATIHAN TATABAHASA

LATIHAN TATABAHASA

KATA BANYAK MAKNA

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berwarna  dengan betul

1   I   Brek basikal abang sudah tidak makan   lagi.
    II   Orang yang makan suap itu sudah diberkas semalam
   III   Kami bukannya keluar kemana-mana, hanya keluar makan sahaja
   IV   Sudah sehari suntuk pengemis itu tidak makan.

     A. I dan II          B. II, III dan IV          C. I, II, III dan IV       D. I dan IV

2. I   Hujan turun dengan lebat sejak dua jam yang lalu.
   II   Nenek tidak lalu makan kerana kurang sihat.
   III  Mereka menuju ke Ipoh lalu jalan itu
   IV  Tan Seng duduk lalu membaca akhbar

     A. I, II dan IV      B. II, III dan IV      C. II dan IV        D. I, II dan III

3. I   Kami tidak akan lepas peluang pergi ke Pulau Langkawi.
   II   Lepas sahaja makan, Mustafa terus belajar.
  III   Nenek lepas ayam dan itik dari reban.
  IV   Dia telah datang ke sini dua hari yang lepas.

     A. II dan IV        B. IV sahaja          C. III dan IV     D. II, III dan IV

4. I   Berat badan bayi itu lapan kilogam sahaja.
   II   Aduh, beratnya bakul ini!
  III   Kita mesti berat tentang hal jiran kita
  IV   Mereka berbincang berat hari ini.

    A. II, III dan IV     B. III dan IV       C. I dan II         D. I, II dan III


5.  I  Orang yang lemah dalam pelajaran mestilah berusaha lagi.
    II  Badan emak terus lemah apabila mendengar berita sedih itu.
   III  Semalam hujan turun lemah-lemah sahaja.
   IV  Biskut yang terdedah itu sudah lemah.

     A. II dan III          B. I dan II            C. II, III dan IV      D. IV sahaja

6.  I   Adik sakit gigi semenjak semalam.
    II   Usahlah sakit hati ibu bapa kita apabila kita sudah dewasa.
   III   Mangsa kemalangan itu mengerang sakit.
   IV   Sakit lagi tibalah tetamu yang ditunggu-tunggu oleh keluarga kami.

    A. I sahaja          B. I, II dan III           C. II, III dan IV      D. I dan IV

7.  I   Pemuda itu muntah darah akibat sakit tenat.
    II   Darah membasahi tubuhnya setelah membantu mangsa kemalangan itu.
   III   Kaki adik berdarah kerana terpijak paku.
   IV   Usahlah di darah orang malas bekerja itu lagi

     A. III dan IV       B. I, II dan IV        C. I dan II               D. I dan IV


8.  I   Gerai itu buka bermula jam 9.00 pagi.
    II   Pergaduhan itu bermula kerana kes kecil sahaja.
   III   Mereka mula berkenalan melalui laman sesawang.
   IV   Mula sekarang nenek akan tinggal dengan kami di sini.

    A. I dan II           B. III sahaja          C. II, III dan IV           D. I, II, III dan IV

9.   I   Kuih itu disimpan dalam bekas kedap udara.
     II   Bekas askar itu masih bersemangat hendak berjuang.
    III   Pemuda itu mengikat sebekas kayu
    IV   Parut lukanya masih berbekas sehingga ke hari ini.
 
     A. II dan III       B. I, II dan IV        C. III dan IV                D. IV sahaja

10.  I   Kamal tiup belon itu hingga besar lalu meletup.
      II  Guru kelas kami tiup semangat Adam hingga berkobar-kobar.
     III  Angin dijangka bertiup kencang petang ini
     IV  Lilin itu di tiup oleh Patrick sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya.

     A. III sahaja       B. II, III dan IV      C. III dan IV                D. II dan IV


1 comment:

  1. Latihan yang baik dan sesuai digunakan untuk membantu murid memantapkan tatabahasa


    ummmi sabariah

    ReplyDelete