Monday, 10 December 2012

Nota ( Kata Majmuk ditulis terpisah )

1. Alih bahasa, alat tulis ,ambil alih, angkasa lepas, arang kayu

2. bahan api, balai polis, balairong seri, besi waja

3. campur tangan, cina buta, cermin mata, cetak rompak

4. daya usaha, derma bakti, dewan rakyat,dapur gas

5. fardu ain,   fardu haji, falsafah negara

6. gempa bumi, geli hati, gema irama, guru besar

7. had laju, hari raya, hak asasi

8. ibu bapa, inti sari, isi hati, ibu negeri

9. jam tangan, jalur gemilang, julung kali

10. kaca mata, kerja rumah, kuku besi, kapal terbang

11. latar belakang, luar biasa, lipat ganda, luar negeri

12. meja tulis, maklum balas, mata wang

13. naib canselor, nama samaran

14. orang dalam, orang tengah, otak udang

15. pajak gadai, piring hitam, panggung wayang

16. rukun negara, rupa bentuk, rumah panjang

17. sapu tangan, sama rata, sari kata

18. tanah runtuh, tanda harga, tali leher

19. uji bakat, ulang tahun, ulang tayang

20. wakil jualan, wakil rakyat, wang kertas

Info
Kata Majmuk wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan.

Tuesday, 27 November 2012

LATIHAN TATABAHASA


Latihan 5 ( kata majmuk)

1.       Azian yang ____________tidak sesuai untuk menyertai sebarang perkhemahan yang diadakan di dalam hutan.

A.  cermin mata                                                 C.  cakap besar
B.  lekas marah                                                  D.  lemah semangat                             

 2.  Emak menggunakan_____________dalam masakannya untuk memastikan agar-agar yang     
        disediakan lemak dan sedap.
A.      cili sos                                                           C. pati santan
B.      kicap manis                                                    D. garam halus

3.       Sudah menjadi kebiasaan wanita, sejak dari dahulu lagi gemar mengumpul__________walaupun jarang digayakan.

A.      duit syiling                                                 C.  kain buruk
B.      bunga kertas                                              D.  barang kemas.

4.       Pengerusi Syarikat Daya Saing menurunkan__________nya di atas borang yang disediakan oleh setiausaha.

A.      cap jari                                                     C.  tanda harga
B.      bekas tangan                                             D.  cermin mata

5.       Dalila masih menyimpan ___________yang diberi oleh keluarga pengantin perempuan yang merupakan sahabat baiknya.

A.      bunga telur                                                 C.  gelang getah
B.      sarang lebah                                               D.  cincin permata

6.       Hanya terdapat sebuah_____________sahaja di ruang tamu rumah using itu, walaupun ruang itu agak luas.
A.      reban ayam                                C. tali pinggang
B.      tingkap kaca                               D. peti televisyen

7.       _____________saya meremang apabila mendengar cerita yang menyeramkan itu lebih-lebih lagi pada waktu malam begini.
A. Bulu kaki                                         C. Jantung hati
B. Bulu roma                                        D. Urat tangan  

8.       _______________merupakan bendera              kebanggaan rakyat Malaysia dari dahulu hinggalah sekarang.
A.      Perigi buta                                                  C. Kolam renang
B.      Sangkar emas                                             D. Jalur Gemilang
9.       Anak lelaki tunggal Haji Amin telah berjaya menjejakkan kaki ke ______________dan memenuhi impian keluarga tersebut.
A.      buluh betung                                             C. menara gading
B.      tentera darat                                             D. lintas langsung

10.   Mak Limah membentangkan sebidang____________ketika anak-anak jiran datang melawat cucunya yang demam.
A.      peti sejuk                                                    C. sawah padi
B.      pen merah                                                   D. tikar mengkuang
       











LATIHAN 4( KATA GANDA )


Latihan 4 ( Kata ganda )
1.       Air sungai di beberapa buah negeri menjadi______________kerana cuaca panas semenjak beberapa bulan yang lalu.

A.      licin-licau
B.      basah-kuyuppp
C.      kering-kontang
D.      terumbang-ambing

2.        Tindakan______________beberapa orang pemuda dari Kampung Semenyih itu akhirnya memalukan diri mereka sendiri.

A.      kacau-bilau
B.      karut-marut
C.      geli-geleman
D.      membabi buta

3.       Hajah  Rahimah mula berniaga____________sejak kembali semula ke kampong ini setelah bertahun-tahun merantau.

A.      sisa-sisa
B.      puji-pujian
C.      dolak-dalik
D.      kecil-kecilan

4.       Emak menyuruh Maisara membuang__________makanan yang masih tinggal itu ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh pihak pengurusan di taman ini.

A.      ura-ura
B.      sisa-sisa
C.      duit-duit
D.      tanah-tanih

5.       Ketika hujan turun____________,sepasukan budak lelaki masih bermain bola sepak dengan riangnya di taman ini.

A.      duit-duit
B.      diam-diam
C.      gado-gado
D.      renyai-renyai




6.       Basikal Luqman tidak boleh digunakan lagi kerana___________basikal itu telah bengkok akibat terlanggar sebatang pokok.
A.      tupai-tupai
B.      tirai-tirai
C.      kuih-muih
D.      jari-jari

7.       Abang masih sanggup _____________dari rumah ke kolejnya yang terletak di Damansara semata-mata mahu tinggal dengan keluarga.

A.      hingar-bingar
B.      berulang-alik
C.      mandi-manda
D.      bermati-matian

8.       Semenjak kematian isteri tercintanya, kehidupan Haji Rashid menjadi___________kerana tidak berteman seperti dahulu.

A.       karut-marut
B.      hingar-bingar
C.      senyap sunyi
D.      terumbang ambing

9.       Pasukan pengakap sedang mengumpul____________kering untuk dijadikan bahan bakar pada waktu malam nanti.

A.      tetali
B.      rerama
C.      rerambut
D.      dedaun

10.   Tangan pengemis itu_____________sewaktu menerima wang yang disumbangkan oleh seorang dermawan.

A.      haru-biru
B.      calar-balar
C.      terketar-ketar
D.      senget-benget

LATIHAN 3 (KATA BERIMBUHAN )


Latihan 3 ( Kata berimbuhan )
1.       Pihak berkuasa tempatan ______________rumah-rumah sementara bagi penghuni rumah setinggan itu sehingga rumah yang dibina untuk mereka siap.

A.      tersedia
B.      persediaan
C.      penyediaan
D.      menyediakan

2.       Guru sains kami menerangkan tentang_____________hidup rama-rama dengan sejelas-jelasnya kepada kepada kami pada hari ini.
A.      kitaran
B.      di sekitar
C.      menyekitar
D.      persekitaran

3.       Pemenang kuiz Alam Sekitar menerima hadiah______________sebuah telefon bimbit keluaran terbaharu.
A.      serupa
B.      berupa
C.      menyerupai
D.      merupai

4.       Jenaka pasangan Jozan benar-benar______________hati para penonton sehingga ada yang ketawa terbahak-bahak.
A.      dicuit
B.      tercuit
C.      mencuit
D.      bercuit-cuitan

5.       Rizal tidak______________kotak berat yang berisi buku-buku lama itu kerana kotak itu besar dan berat.
A.      angkatan
B.      terangkat
C.      berangkat
D.      mengangkat

6.       ______________antara keluarga itu sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya kerana kedua-dua keluarga bersikap keras kepala.

A.      Bersengketa
B.      Disengketakan
C.      Persengketaan
D.      Menyengketakan
7.       Bagi mengisi jawatan kosong itu,_____________minimum yang diperlukan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
A.      layaknya
B.      kelayakan
C.      dilayakkan
D.      melayakkan

8.       Paras rupa yang cantik dan_____________tutur kata gadis dari utara tanah air itu menambat hati sesiapa sahaj yang melihatnya.
A.      terlembut
B.      melembut
C.      kelembutan
D.      dilembutkan

9.       Keluarga kami tidak dapat _____________undangan keluarga Tuan Roslan kerana kami hendak pulang ke kampung pada tarikh tersebut.

A.      penuhi
B.      dipenuhi
C.      penuhkan
D.      memenuhi

10.   Ibu___________dedak kepada ayam-ayam peliharaannya di halaman rumah sambil menyanyi dengan penuh keriangan.

A.      tebaran
B.      ditebar
C.      menebar
D.      bertebaran



Sunday, 11 November 2012

Latihan 2


Latihan 2  ( Sinonim )

Jawab soalan dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Dia membacakan tafsiran bagi ayat-ayat yang berbahasa Arab itu dengan sejelas-jelasnya.
A.   Ulasan
B.      Anggaran
C.      Terjemahan
D.      Kemungkinan
2. Sesiapa sahaja yang melanggar peraturan sekolah pasti akan dikenakan tindakan tanpa mengira
    darjat.
A.      Menolak
B.      Melawan
C.      Merempuh
D.      Mengingkari
3.  Pembantu rumahnya meracik daun kunyit itu sambil bercerita mengenai keluarganya.
                A.   menghiris
                B.   mengkelar
                C.   menyiang
                D.   mencincang

4.  Anita benar-benar menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa dia telah mengambil buku 
      rujukan daripada meja kawannya.
A.      Mematuhi
B.      Menafikan
C.      Mengiyakan
D.      Memastikan

5.  Hartawan yang kerap melancong ke luar negara itu sentiasa membelikan buah tangan untuk jiran- 
     jirannya jika berkesempatan.  

A.      memenuhi
B.      bersiar-siar
C.      mematuhi
D.      bermastautin

6. Ibu ayam itu sedang mengais-ngais tanah untuk mencari cacing
                  A.  menadah
                  B.  mengorek
                  C.  menarik-narik
                  D.  mencakar-cakar 

7. Hajah Latifah meminang anak gadis Puan Wahidah untuk dipadankan dengan anak lelaki 
     tunggalnya.
A.      Memilih
B.      Melamar
C.      Mengajak
D.      Mengambil

8. Mereka mengatur pertemuan itu sejak beberapa bulan yang lalu agar semuanya berjalan lancar.
                A. mengubah
                B. menyusun
                C. memeterai
                D. melaksanakan

9. Kami berasa sangsi apabila melihat kelakuan beberapa orang pemuda yang tidak dikenali itu.
               A. was-was
                B. pasti
                C. waspada
                D. terkejut.

10. Tiada siapa yang dapat menyekat kemaraan Pasukan Peterana kerana mereka memang  gagah.
A.      Memenuhi
B.      Mengetuai
C.      Menghalang
D.      Merobohkan





       





               



L

Thursday, 1 November 2012

LATIHAN TATABAHASA

LATIHAN TATABAHASA

KATA BANYAK MAKNA

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berwarna  dengan betul

1   I   Brek basikal abang sudah tidak makan   lagi.
    II   Orang yang makan suap itu sudah diberkas semalam
   III   Kami bukannya keluar kemana-mana, hanya keluar makan sahaja
   IV   Sudah sehari suntuk pengemis itu tidak makan.

     A. I dan II          B. II, III dan IV          C. I, II, III dan IV       D. I dan IV

2. I   Hujan turun dengan lebat sejak dua jam yang lalu.
   II   Nenek tidak lalu makan kerana kurang sihat.
   III  Mereka menuju ke Ipoh lalu jalan itu
   IV  Tan Seng duduk lalu membaca akhbar

     A. I, II dan IV      B. II, III dan IV      C. II dan IV        D. I, II dan III

3. I   Kami tidak akan lepas peluang pergi ke Pulau Langkawi.
   II   Lepas sahaja makan, Mustafa terus belajar.
  III   Nenek lepas ayam dan itik dari reban.
  IV   Dia telah datang ke sini dua hari yang lepas.

     A. II dan IV        B. IV sahaja          C. III dan IV     D. II, III dan IV

4. I   Berat badan bayi itu lapan kilogam sahaja.
   II   Aduh, beratnya bakul ini!
  III   Kita mesti berat tentang hal jiran kita
  IV   Mereka berbincang berat hari ini.

    A. II, III dan IV     B. III dan IV       C. I dan II         D. I, II dan III


5.  I  Orang yang lemah dalam pelajaran mestilah berusaha lagi.
    II  Badan emak terus lemah apabila mendengar berita sedih itu.
   III  Semalam hujan turun lemah-lemah sahaja.
   IV  Biskut yang terdedah itu sudah lemah.

     A. II dan III          B. I dan II            C. II, III dan IV      D. IV sahaja

6.  I   Adik sakit gigi semenjak semalam.
    II   Usahlah sakit hati ibu bapa kita apabila kita sudah dewasa.
   III   Mangsa kemalangan itu mengerang sakit.
   IV   Sakit lagi tibalah tetamu yang ditunggu-tunggu oleh keluarga kami.

    A. I sahaja          B. I, II dan III           C. II, III dan IV      D. I dan IV

7.  I   Pemuda itu muntah darah akibat sakit tenat.
    II   Darah membasahi tubuhnya setelah membantu mangsa kemalangan itu.
   III   Kaki adik berdarah kerana terpijak paku.
   IV   Usahlah di darah orang malas bekerja itu lagi

     A. III dan IV       B. I, II dan IV        C. I dan II               D. I dan IV


8.  I   Gerai itu buka bermula jam 9.00 pagi.
    II   Pergaduhan itu bermula kerana kes kecil sahaja.
   III   Mereka mula berkenalan melalui laman sesawang.
   IV   Mula sekarang nenek akan tinggal dengan kami di sini.

    A. I dan II           B. III sahaja          C. II, III dan IV           D. I, II, III dan IV

9.   I   Kuih itu disimpan dalam bekas kedap udara.
     II   Bekas askar itu masih bersemangat hendak berjuang.
    III   Pemuda itu mengikat sebekas kayu
    IV   Parut lukanya masih berbekas sehingga ke hari ini.
 
     A. II dan III       B. I, II dan IV        C. III dan IV                D. IV sahaja

10.  I   Kamal tiup belon itu hingga besar lalu meletup.
      II  Guru kelas kami tiup semangat Adam hingga berkobar-kobar.
     III  Angin dijangka bertiup kencang petang ini
     IV  Lilin itu di tiup oleh Patrick sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya.

     A. III sahaja       B. II, III dan IV      C. III dan IV                D. II dan IV


contoh karangan 2

Karangan 2

Soalan
Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah

.....aku ingin berkunjung ke tempat itu lagi pada masa akan datang.

Pada cuti semester yang lalu bersamaan 12 Oktober 2012, aku dan keluargaku berkelah di taman tema air yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Sudah lama aku menyuarakan hasrat hatiku untuk pergi ke sana tetapi baru sekarang ayah dapat menunaikan hasratku. Aku bertolak ke sana pada pukul 9.00 pagi.

Setelah satu jam berlalu, aku dan keluargaku sampai ke destinasi yang dituju. Selepas itu ayah membeli beberapa tiket untuk masuk ke taman tema air tersebut. kedatangan kami disambut oleh sepasang harimau yang jinak dan manja. Aku dan keluargaku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama pasangan harimau tersebut. Walaupun dalam ketakutan, tetapi kami berasa begitu teruja.

Sebaik sahaja kami melangkah masuk, kami mengambil tempat yang sesuai. Aku dan abangku menyalin pakaian di bilik persalinan. Tanpa membuang masa, aku dan abangku bermain gelongsor air. Selepas setengah jam bermain , aku mencuba pelbagai permainan yang lain seperti bermain perahu getah, buaian gergasi dan menyusup di bawah jambatan.

selepas itu, aku dan keluargaku melawat zoo mini yang terdapat di situ. berbagai-bagai jenis haiwan yang jarang ditemui seperti unta, zirafah, dan lain-lain lagi terdapat di zoo tersebut. Kami seolah-olah berada di kawasan safari yang terdapat di Afrika.

Matahari sudah mula berada  diufuk barat. Ibuku memanggilku supaya menukar pakaian dan bersedia untuk pulang. Aku ingin berkunjung ke tempat itu lagi pada masa akan datang.